Selasa, Julai 26, 2011

Apa maksud pH?

Baru-baru ini abang ipar aku tanya satu soalan mudah yang aku tak tahu jawab walaupun aku belajar tinggi, soalannya ialah apakah yang dimaksud dengan pH? p itu apa dan H itu apa? katanya juga soalan ini dia pernah tanya pada seorang Dr, tapi Dr pun tak bleh jawab..aku pun tak pernah terfikir apa menatang pH nie,yang aku tau pH tu ialah skala untuk mengukur keasidan atau kealkalian bahan.

So,aku kodek2 la internet untuk cari maklumat..maklumat yang aku dapati untuk dikongsi adalah seperti berikut ya adik-adik:

p itu adalah potential manakala H itu adalah Hidrogen (sebab tu p huruf kecil dan H huruf besar). jadi pH itu singkatan bagi potential of Hidrogen atau potensi hidrogen..kenapa potensi Hidrogen? penerangan saintifik menyatakan pH merujuk kepada keupayaan tumbuhan untuk menyerap ion Hidrogen. Jika persekitaran tinggi asid, maka keupayaan tumbuhan menyerap ion hidrogen akan berkurang. Jadi pH akan dibaca sebagai rendah. jika persekitaran tinggi alkali pula, keupayaan tumbuhan menyerap ion Hidrogen akan meningkat. jadi pH akan menjadi tinggi. Itu je sebenornya.

Hidrogen adalah 4 unsur yang penting yang perlu untuk tumbuhan hidup. tanpa hidrogen, tumbuhan akan layu dan tidak berupaya menyerap nutrient. Tumbuhan akan menyerap Hidrogen dari air melalui proses yang dipanggil osmosis. kitar hidrogen-osmosis ini memastikan nutriens berpindah daripada air kepada tumbuhan.

Skala pH bermula dari 0 hingga 14. angka 0 menunjukkan kadar keasidan yang sangat tinggi manakala angka 14 menunjukkan kadar kealkalian yang sangat tinggi. pH 7 merupakan titik keseimbangan antara kedua-dua sifat asid dan alkali, oleh itu pH 7 juga dikenali sebagai pH neutral. Wallahu a'lam.


Tiada ulasan: