
Sabtu, Januari 14, 2012
Selasa, Julai 26, 2011
Apa maksud pH?
Baru-baru ini abang ipar aku tanya satu soalan mudah yang aku tak tahu jawab walaupun aku belajar tinggi, soalannya ialah apakah yang dimaksud dengan pH? p itu apa dan H itu apa? katanya juga soalan ini dia pernah tanya pada seorang Dr, tapi Dr pun tak bleh jawab..aku pun tak pernah terfikir apa menatang pH nie,yang aku tau pH tu ialah skala untuk mengukur keasidan atau kealkalian bahan.
So,aku kodek2 la internet untuk cari maklumat..maklumat yang aku dapati untuk dikongsi adalah seperti berikut ya adik-adik:
p itu adalah potential manakala H itu adalah Hidrogen (sebab tu p huruf kecil dan H huruf besar). jadi pH itu singkatan bagi potential of Hidrogen atau potensi hidrogen..kenapa potensi Hidrogen? penerangan saintifik menyatakan pH merujuk kepada keupayaan tumbuhan untuk menyerap ion Hidrogen. Jika persekitaran tinggi asid, maka keupayaan tumbuhan menyerap ion hidrogen akan berkurang. Jadi pH akan dibaca sebagai rendah. jika persekitaran tinggi alkali pula, keupayaan tumbuhan menyerap ion Hidrogen akan meningkat. jadi pH akan menjadi tinggi. Itu je sebenornya.
Hidrogen adalah 4 unsur yang penting yang perlu untuk tumbuhan hidup. tanpa hidrogen, tumbuhan akan layu dan tidak berupaya menyerap nutrient. Tumbuhan akan menyerap Hidrogen dari air melalui proses yang dipanggil osmosis. kitar hidrogen-osmosis ini memastikan nutriens berpindah daripada air kepada tumbuhan.
Skala pH bermula dari 0 hingga 14. angka 0 menunjukkan kadar keasidan yang sangat tinggi manakala angka 14 menunjukkan kadar kealkalian yang sangat tinggi. pH 7 merupakan titik keseimbangan antara kedua-dua sifat asid dan alkali, oleh itu pH 7 juga dikenali sebagai pH neutral. Wallahu a'lam.
Selasa, Mei 03, 2011
Osama telah mati ?
awal Mei 2011 kita dikejutkan dengan kematian Osama Laden usai majlis perkahwinan diraja yang gilang gemilang pewaris takhta England, putera William. Agak dramatik bukan? macam nak muntah je lihat plot drama permainan Dajjal ini.
Biar apa pun tanggapan, aku tetap berpendapat Osama tidak mati. Kenapa? jawapannya mudah kerana Osama adalah sebahagian daripada plot permainan ini. Osama merupakan watak yang diciptakan oleh US untuk menjayakan beberapa misi mereka. sebab itu ada pendapat menyatakan Osama adalah seorang ejen CIA yang diberi tanggungjawab dan dana untuk menubuhkan Al-Qaeda supaya US dan sekutunya dapat menghalalkan serangan terhadap mana-mana negara yang mereka sasarkan termasuklah Palestin, Afganistan dan Iraq.
Oleh sebab segala perancangan mereka telah berjaya. Jadi apa lagi tugas Osama? sudah selesai bukan? oleh itu beliau pun bersembunyi dan US pun sibuk mengerahkan askarnya berlakon mencari Osama. Mungkin barangkali Osama sudah penat bersembunyi dan tiada privasi. US bertindak 'membebaskan' Osama dengan perancangan lakonan pembunuhannya. Lihat sahaja berita malam ini menyatakan Foto Osama ditembak disahkan palsu, edit semata-mata. Lokasi pembunuhan juga tidak masuk akal. Rupanya Osama bukan bersembunyi di dalam gua di gurun Afganistan atau pakistan, tetapi berada di sebuah bandar di pakistan yang dikelilingi oleh bangunan yang padat dengan penduduk yang langsung tidak pernah melihat kelibat Osama sepanjang 10 tahun kebelakangan ini. tidak cukup dengan itu, bandar itu juga dikelilingi oleh beberapa kem askar yang lengkap bersenjata. Butakah mereka selama ini, atau Osama seorang halimunan yang tidak dapat dilihat dek mata kasar?
Perdana Menteri kita juga menteri-menteri kita yang lain mengeluarkan kenyataan 'Dunia di harap lebih aman tanpa Osama'. Pheww! macam orang bodoh je kenyataan itu. Apa selama ini Osama ke yang menyebabkan dunia ini kucar-kacir? Bukan ke US dan sekutunya yang lebih jahat dari Osama, bukan ke US dan sekutunya yang menyerang dan menjarah negara lain walau zaman sudah melangkah ke millenium baru? bukan ke US dan sekutunya yang menembak kanak-kanak kecil, merogol wanita dan menyiksa tahanan perang? bukan ke US dan sekutunya yang mengekspoitasi wang diseluruh dunia hingga semua negara dan semua bangsa secara tidak langsung perlu tunduk dan patuh kepada arahan mereka? bukan ke US dan sekutunya yang menjadi proksi pada YAHUDI laknatullah membunuh dan mengurung warga Palestin di dalam wilayah mereka sendiri? sedarlah Datuk Seri Najib, mati atau hidup Osama tidak menjanjikan apa-apa kepada dunia. tetapi tangan pemimpin yang Datuk salam apabila tiba di Amerika dan Britain itulah yang melakar cerita duka kita semua lebih-lebih lagi kepada kita yang menyemat kalimah tauhid di dada masing-masing.
Sedarlah kematian Osama hanya palsu belaka dan dunia tidak akan aman sehingga dunia ini ditadbir oleh pemimpin Islam yang adil lagi saksama.
Rabu, April 06, 2011
Bebas sudahhh...hehe
yEAHHHHH..seronok, gembira, girang, suka, happy dan segala macam perkataan yang seerti dengannya menyelinap dalam tubuh dan jiwa nurani kerana malam nie aku berjaya menyiapkan assignment yang terakhir untuk pengajian semester ini. Bebas, bebas sebebas bebasnya seolah-olah seketul batu besar yang menghimpit dada telah dialihkan ke sisi, dan aku boleh berlari-berlari dengan girang sepuas hati mengejar pelangi..
Terima kasih tak terhingga kepada isteriku yang meluangkan banyak masanya membantu aku menyiapkan assignment terakhir ini. i luv u lah! hehe Alhamdulillah Syukur pada Illahi :-)
Sabtu, April 02, 2011
Terminat la pulakkk..
Tadi petang waktu cycling sekitar taman perumahan ternampak sorang lelaki bawa motor SYM VTS 200 bersama anaknya. Seronok tengok diorang santai bersama motor, cam cool je. Menyusur kawasan perumahan dari rumah ke rumah, dari lorong ke lorong sambil menghirup angin petang yang lembut pasti menghadirkan kedamaian di hati.
Sebenarnya bukan lelaki dan anaknya itu yang jadi subjek utama, tapi motor tu. Kalau tak silap daripada tahun lepas aku mula minat pada motor tu, santai dan cool je bila tengok, dengan kapasiti enjin 200cc boleh la kalau nak travel jauh. Makan angin dengan motor nie best pasal kita akan rasa dekat dengan alam sekeliling. Dulu waktu beli ZZR pun ingat macam tu juga, ingatkan boleh la travel jauh-jauh dengan motor tu tapi sebaliknya asyik meragam je sampai aku hilang kepercayaan untuk ride motor tu jauh-jauh. Teringat bila motor tu sangkut kat highway di Penang tahun 2008 buat aku serik dah nak beli barang second hand. Betul-betul serik pakai besi 90-an nie.
Lepas nie kalau ada rezeki nak tukar VTS200 la, tukar pakai skuter plak, cari pengalaman baru. Lagi satu best pasal motor nie pasal ada banyak kelab yang ada, boleh la join untuk ride sama-sama dan bertukar-tukar pengalaman. Mesti best, hehe (bini aku mesti gelak bila dia baca artikel nie). Takpe la sayang, gelak la sepuasnya asalkan nanti bila abang beli, ikut abang kita gi ride sama-sama.
Lawa kan? Lawaaaa....hehe
Lawa kan? Lawaaaa....heheJumaat, April 01, 2011
NILAI: Satu Pemerhatian
Perjalanan hidup sebagai manusia di alam yang dipanggil dunia ini penuh warna-warni dan dugaannya. itulah hakikat kita diciptakan, menempuh segala macam dugaan dan cabaran sebelum ianya akan diadili dihadapan hakim yang Maha adil. Dalam menempuh pelbagai cabaran itu, kita sering lupa dengan matlamat kita, kita sering melakukan kesilapan walaupun secara dasarnya perlakuan yang kita buat itu bukan yang perbuatan yang kita sukai. namun itulah yang berlaku. Pepatah melayu menyebut "kuman seberang laut nampak tapi gajah di depan mata tidak nampak" memang tepat kerana ianya selalu berlaku dalam diri kita, kita boleh nampak kesalahan orang lain dengan jelas tetapi kesalahan yang kita buat selalu tidak kita sedari.
Adakah ianya sesuatu yang normal bagi kita melakukan kesilapan yang selalu menyinggung perasaan orang lain? Cuba lihat situasi-situasi ini.
Pertama, Ada manusia yang melakukan kesilapan tetapi dia tidak peduli dengan kelakuannya itu. mereka ini jenis manusia yang happy go lucky atau tak kisah dengan perasaan orang lain. walaupun begitu kadang kala sikap mereka ini dapat diterima umum disebabkan dalam diri manusia ada satu sifat naturalistik yang boleh adaptasi dengan persekitaran dengan cepat sama ada persekitaran itu berbentuk fizikal ataupun berbentuk nilai seperti perlakuan orang terhadap kita. mungkin kita pun mempunyai ramai kawan seperti ini, mereka akan cakap je apa yang mereka suka tanpa memikirkan impak pada perasaan orang lain. lama kelamaan kita boleh menerima sikap mereka, apatah lagi jika mereka ini suka mengusik dan pandai memuat lawak. lama-kelamaan kita seperti terhibur dengan kelakuan mereka dan menganggap kata-kata mereka gurauan semata lantas kita dapat menerima mereka seadanya.
Kedua, selain itu ada juga jenis manusia yang selalu memikirkan perasaan orang lain sehinggakan mereka ini terlalu berhati-hati untuk mengucapkan kata kerana takut menyinggung perasaan orang sekeliling. lantas kerana itu mereka ini lebih bersikap serius dan tidak begitu friendly. Akibatnya mereka kadangkala dilabel sebagai sombong dan tidak begitu disukai oleh ramai orang. Oleh kerana terlalu menjaga tutur kata hingga menampilkan sifat yang serius menyebabkan rakan-rakan juga kurang selesa dengan mereka lantas mereka kurang digemari kerana tiada sifat humor dan sebagainya.
Jika diteliti semula kedua-dua kumpulan ini seperti kurang adil. kumpulan pertama yang cakap ikut sedap mulut diterima oleh masyarakat sekeliling dan dilabel sebagai humorist manakala kumpulan kedua yang menjaga tutur kata kurang digemari oleh rakan dan mereka dianggap sebagai sombong, skema dan sebagainya. Mengapakah ini berlaku, adakah masyarakat semakin keliru atau ianya normal bagi masyarakat akhir zaman yang sering melakukan sesuatu perkara yang terbalik (baik dianggap buruk dan buruk dianggap baik). Jadi anda berada dalam kumpulan mana? pertama atau kedua? atau diantaranya? Di mana pun kita, ingatlah kita perlu percaya kepada diri sendiri, buatlah sesuatu mengikut landasan syariat bukan nafsu yang melulu.
Ahad, November 14, 2010
Karya lama
Bosan tak tahu nak buat apa sorang2 kat rumah hari (isteri pergi jamuan akhir tahun sekolahnya di Shah Alam-apara sekolah dia suami pon takleh ikut). Dalam dok mereng sorang2 aku teringat lukisan lama aku yang kununnya nak post pada majalah Ujang awal tahun 2000 dulu, karya yang tak siap pasal aku kadang-kadang suka buat keja separuh jalan. Ikut mood je, kalau rajin sangat sanggup sampai tak tidur tapi kalau malas aku tinggal je langsung tak sentuh. Ada juga 2 lukisan yang aku dah post kepada majalah gila-gila tapi aku lupa buat salinan, rugi la pulak.
So, lukisan yang aku ada nie aku post la kat sini untuk sesapa yang nak tengok.



Langgan:
Catatan (Atom)
